Thursday, March 21, 2013

Allah, Tabahkan hati kami

Assalamualaikum,
Kum ape, kombat,
Bat ape, Batman

Maaf dipinta dengan menyusun sepuluh jari... Hiks, saja menggedik ngada-ngada yer ! Maaf, bukan apa, 16 March 2013, aku masuk kembali ke alam kampus... 0uh apa lagi, bukan main sibuk lah tahu ? Mesti kenal sangat kan dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).. Yer, sekarang ini aku tahu tengah hangat di pasaran KUIN masuk keluar media massa, Tv1, Tv3, Tv9 ahhh dan macam jenis channel kalau tak silap aku.. Tu belum lagi dengan surat khabar.. Sudah cukup sudah !


Hangat bukan ? Macam-macam versi cerita.. Malah ada fitnah belaka ! Sungguh, tapi aku taknak komen apa-apa pasal topik ini sebab nanti aku pulak jadi isu.. HAHAHA, aku taknak jadi kontrovesi pulak..

Cuma pihak yang bertanggungjawab, tak kira lah pihak atasan atau mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan, mohon tersangat amat berfikir sebelum bertindak.. Berfikir tentang kebajikan kami sebagai pelajar.. Jangan lah sampai keluar dari mulut kami Cara mahu menolong student tapi menyusahkan student.
Itu sahaja yang aku nasihatkan, seperti tindakan baru-baru ini ada pihak tertentu melaporkan ke pihak berkuasa tentang itu ini.. Tapi, lihat lah hasil nya.. Apa jadi pada kami.. Sadis !

Mama : Ambil lah sebagai pengalaman yang berharga.. Nak senang bukan senang.. Allah menguji kak long sebab kak long mampu tempuhi.. Sabar ! Baca ayat Lahaulahwala quwataillahbillahilaliyilazim..

Ya mama.. Kak l0ng tak salah kan tempat kak long belajar ini.. Kak l0ng taknak maki ke marah ke.. Ini tempat kak l0ng menuntut ilmu.. Disini jugak kak l0ng kenal ilmu untuk dunia.. Ya bukan untuk dunia semata-mata, malah bekalan untuk akhirat.. Orang luar mungkin pandang rendah dng tempat ini, tapi kak l0ng bangga.. Mereka mungkin tak kan dapat ilmu macam mana kak l0ng dapat.. Syukur ! Sungguh Alhamdulillah yang tak ternilai syukur sangat..

Biar orang mengata, ahh masuk situ apa kelass, masuk tempat lain, senang dapat kerja.. Nyah kan sahaja suara-suara mereka sebegitu..Mungkin ramai yang tak sedar, ilmu ini bukan sahaj kita kejar untuk dunia semata-mata, tapi akhirat juga ! Bonus ! Ya bonus untuk aku sebab belajar disini.. Aku bangga biar pun KUIN tengah hangat dengan macam berita-berita yang kurang enak, barangkali ! 

Dengan orang mengata panas cerita itu ini, kami lagi panas.. Panas sebab tak sabar-sabar nak masuk kuliah dengan keadaan baru yang amat selesa sangat ! Nak dengar ceritaa ? 

Sepanjang hari, lepas kelas pagi habis, aku lepak di library.. Port baru untuk lepak.. Rajin kan? Haha.. Baca buku "Bersyukur saat di uji" tak khatam lagi tetiba mahu ke Ladies.. Jalan punya jalan, ada lah seorang hamba Allah ini menegur aku :

Hamba Allah : Duduk asrama kan ?
Aku : Ya duduk asrama [ehh macam mana kenal aku, aku pun tak kenal dia]
Hamba Allah : Macam mana ? Selesa tak ?
Aku : Aku pun layan je la teguran dia, Hurm 0ke lah.. Biasa je.. Makan minum tidur pun 0ke.. Nak kata selesa sangat tak lah, tapi alhamdulillah 0ke je suma..
Hamba Allah : Allah bagi kita ujian supaya kita tabah, Dia takkan uji kalau sesorang tu tak mampu.. Dia nak bagi kita susah sebelum kita senang.. Tabah !


See, prihatin nya mereka sesama pelajar, sungguh pun aku tak kenal dia.. Err macam nak pergi mintak maaf je sebab dia kenal aku, tapi aku tak kenal dia.. Kami disini sungguh pun macam-macam jadi di luar, spekulasi pelbagai, kami tetap menjaga ukhuwah kami..

Jangan terkejut, kalau anda di tempat kami mungkin anda akan maki-maki, marah, masam dan sebagainya.. Kami boleh lagi tersenyum, gurau senda, gelak ketawa, ya semangat untuk makan pun kuat ! HAHA.. aku lah orangnya..

p/s : Sekarang aku perlu cari beg sesuai utk ke kuliah, sbb beg dulu dah rabak ! Dan lagi satu, perlukan payung... Sebab panas terik baq hang.. hehe

Sudah lah, jangan risau tentang kami, kami bersemangat.. Allah pinjamkan sekeping ketabahan dan sekeping kesabaran Dia untuk kami.. Ingat satu je, Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita, tambahan orang yang menuntut ilmu

Selamat Malam,


Assalamualaikum,






Monday, March 4, 2013

Cik Bum Bum Bam

Ehem, Ehem..

 TerTest, test, test..

Kicap nak Kicap ?

Kicap nak Kicap ?

# Ha ha ha. Kicap nak kicap ? 0ke fine ! Kalau korang tak ingat dial0g tuh, mari sini cheq habaq mai kat hampa.. Tue dialog dalam Mega Maharajalawak lah.. Kumpulan Jambu.. Kihkihkih.. Kenapa ? Ya, kenapa ye dalam banyak-banyak kenapa aku pilih yang ni ? Sebab, kawan aku kat twitter dia guna Kicap nak Kicap ? Tiap kali twitt je mesty akan di retweet Kicap nak Kicap ? Rasa berapi je kalau di retweet cm tuh.. Tapi aku balas balik.. Haha.. Tapi tu bukan t0pik utamanya, cuma pembuka pada entry hari ini.. Senyuummmm. :D


# P.U.T.E.R.I #

 Rumah aku buat masa sekarang ada empat ekor kucing.. Yang suka buat palatau dalam rumah B0o.. kihkihkih.. 0ke sekarang ni aku taknak cerita pasal B0o dan yang lain.. Aku nak bagi tau kat korang, yang aku baru je beli baju baru untuk Puteri,, Ha ha ha.. 0ke fine, fine ! Aku tau tak lawak mana pun kan ? 

Pheww, 0ke apa yang aku tengah buat sekarang, orang gila lain pulak whatapp aku.. *abaikan*

Beli baju ni time aku kuar dengan Shida.. Saja menggatal perabih duit kat kucing-kucing aku.. Itu lebih baik aku rasa dari beli barang yang entah hape-hape kot..

So far, dia selesa jugak lah dengan baju ni.. At first, gaya Puteri jalan pun lain macam.. Mahu ke tak nya terguling-guling aku gelak kan dia.. Then, beberapa hari pas tuh dah macam catwalk pulak dia buat..

Macam-macam perangai.. Tapi takpa, tenang !

0ke, nak sambung ber Whatapp

Selamat Malam 





Sunday, March 3, 2013

Review : Bila Blogger Jadi Maid

Duduk berdua di bangku bambu . . . bla . . . bla . . . 

Senggollan, singgolan, cubit-cubitan . . . Bla . . . Bla . . .  Bla . . .

#Ahh sememangnya aku tak reti nak dangdut macam Mas Idayu nie.. Entah macam mana pulak lagu nie boleh dimain tengah-tengah malam nie.. Ada ke orang nak gelek ?? Ha ha ha.. Tapi, kat night club tu memang ada lah. :D 

0key, berbalik pada entry semalam kan, aku dah bagi tahu, lepas aku khatam kan BBJM, aku akan hapdate update pasal overall cerita dari kulit ke kulit.. Tak sia-sia, walaupun dah berbulan-bulan tinggalkan novel, skills membaca novel tuh tetap tak terpadam terpendam  .. Ha Ha Ha.. Dan apa yang aku cerita kan memang aku tak tipu, Sumpah korang aku tak tipu.. Aku dah habiskan novel BBJM nie petang tadi..

Kenapa petang? Kenapa tak tengah hari ? Hell0o, hell0o, pliss lah korang nie.. Korang tau tak aku sejak-sejak cuti lelame nie, aku dah ada part-time job tau.. Aku lah driver, aku lah full time housewife gituu.. Practice ! Yer praktis sebelum betul-betul jadi.. Wakaka !

Sinopsis :

Korang boleh lah tengok atau masuk terus ke blog si penulis sendiri.. Boleh jugak aku promote lagi.. Haha.. Sila klik je : 

 Zati Mohd   

Baca lah ada sinopsis novel ini.. Dan selain dari BBJM ada jugak cerpen-cerpen lain yang di post.. Sila tinggalkan komen untutk penambah baikan lagi penulisan kawan saya nie yer.. Bagi korang yang tak ada blog macam biasa lah jadi Cik Anon je kan.. Kihkih.. Aku pun dah lama tak stalker blog orang dan bila komen just guna kan Cik Anon.. Sungguh taknak mengaku ada blog *kejam seyh*


KOMEN : 

Err sejujurnya, aku tak rajin macam dulu, sebab aku tak da geng yang nak di ajak bercerita tentang e-novel.. Hehe, tapi takpa, sila abaikan ! Pada keseluruhannya, gaya santai lah ceritanya.. Tak complicated sangat konflik yang berlaku dalam rumah tangga Ash & Risya nie..Tapi ada part yang aku sentap dan mampu air mate aku mampu bertahan sikit.. Haaa aku mampu control oke, tak ada nak jatuh-jatuh air mata nie.. I kan gagah.. Ha ha ha.. Lagi satu kan Cik Zati, aku rasa kau boleh masuk kan lagi input-input yang bermacam lagi, contohnya perbanyakkan hadis-hadis Rasulullah, perbanyakkan lagi tafsir Quran, ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan oleh suami isteri untuk keharmonian rumah tangga, ayat pelembut hati anak-anak dan pelbagai lagi.. Kau kan boleh banyak dapat info tentang tue.. Alang-alang dah Risya memegang watak macam tu kan? Oke next [amboi Lia kemain lagi sakan mengomen]... Lagi satu watak antigonis tuh tak bape nak jahat sangat.. Kasi kejam sikit weyh.. Kih3.. 

Yang paling aku tak tahan, perangai romantik kemain si Ashh.. Ishh menyampah lah weyh.. Menyampah bukan ape, aku macam dah jatuh hati dengan Ash ! Wakaka.. Caring gila ! Tapi agak-agak ada tak jejaka melayu macam tu nak buat kat isteri dia ? Mesty ada, tapi susah nak jumpa.. Ha Ha Ha.. Cerita lebih sikit skop kerja Ash.. Mesty lagi heaven selain menggambarkan duit dia yang kepuk-kepuk tuh.. Kihkih..

Kan aku dah cakap aku akan baca dari kulit ke kulit.. Yang terharu dengan ayat kau tu pun tak habis lagi, aku lagi sekali nak terharu.. Sebab kau mention nama aku kat belakang ... Haaa! Nak nangiss nama aku femes jugakk.. Wakaka ! *meroyan*

Design cover novel nie pun lawa ! Not bad


Apa lagi aku nak mengomel ye entry nie ? 0ke fine, aku baru pas chatting dengan kawan lama aku.. Ahh kau tetiba timbul, baru je aku sebut nama kau kat Shida... Haha.. Allah, panjang jugak umur kau.. Macam tahu-tahu je aku seru nama kau.. Kihkih..

Mata pun tak mengantuk lagi nie, sebab lepas khatam je novel tu aku terus tidur.. Mula-mula tak mahu tidur, aku paksa jugak ! Apa nak buat, b0san punya pasal lah.. Sekarang, ada hamba Allah nie pulak yang suka cari gaduh dengan aku.. Tak cukup dengan muka buku, dia cari pasal kat whatapp.. Ehh nak berbahasa jugak budak nie, apa masalah dia aku pun tak tahu.. 

Baiklah, tunggu update es0k oke, princess aku pakai baju baru.. Kihkih.. Lawa !

Selamat malam pada mereka yang dah tidur, yang akan bekerja esok, selamat bekerja ! Pada adik-adik sekolah, belajar rajin-rajin sampai ke hujung nyawa..

Salam Sayang ,
Lia / Z Iqmalia / Kak Long




Saturday, March 2, 2013

Bila Blogger Jadi Maid




Assalamualaikum ! Tak jawab d0sa tau korang.. Eh dah pukul 11 lebih ya, patut mata dah berat..

Entry kali ni, "Bila Blogger Jadi Maid" .. Ehh pernah nampak tak novel nie kat mana-mana bookstore Popular ? Eh jawab lah betul-betul pernah ke tak? Korang yang kaki novel, jangan nak bohong sangat kalau korang tak pernah nampak novel nie kat rak-rak buku Popular..

Published pada Januari 2013.. Sejujurnya aku tak baca lagi novel nie.. Cuma, tiap kali aku ke P0pular, tiap kali tu lah aku pegang, aku baca.. Tapi, satu je aku tak buat, aku TAK BELI punn.. Kedekut tak? Betul-betul kedekut korang kata? Tak baik tau, cakap aku cam tuh..

Yang sebenar-benarnya, aku dapat free novel nie... Untuk pengetahuan korang, penulis bagi novel nie adalah salah seorang geng aku masa diploma dulu.. Izzati Mohammad.. Ya ! Korang suma dah beli, dah baca,. Aku yang kawan baik dia pun tak baca-baca lagi.. Sadis tak ? Macam tak bagi sokongan moral pulak kan kat kawan?

Tapi bukan aku sengaja. aku nak pergi ambil buku nie yang lambat.. Nahh sekarang, aku dah dapat dah.. tunggu masa je aku nak khatam kan novel nie.. Jangan risau lah, skill kaki novel macam aku nie, akan habiskan dari kulit ke kulit dalam masa satu hari.. Tu pun kalau dah setelkan keje aku nie.. kihkihkih

Apa-apa pun, buat pembaca dan yang menyokong Zati Mohd, teruskan beri semangat..0uh yer, kalau banyak typo dalam novel nie, bagi pandangan aku, bukan salah Zati pun, cuma editor bagi novel nie lah yang bertanggungjawab, sebab sebelum kerja-kerja akhir perlu lah di edit apa yang patut di edit, tu lah nama nya editor ! Hikk, pandai pulak aku mengomen kerja orang..

Buar Zati, ingat teruskan usaha.. Next step, peluang yang ada jangan disia-siakan.. Hilang satu Allah ganti kan satu lagi peluang yang tak disangka-sangka.. Jangan lupa kawan-kawan ya !

p/s : Next entry, aku akan update kan pasal sinopsis dan komen selepas aku selesai khatam novel nie..


Selamat Malam..

Salam Sayang,
Z Iqmalia






Ketenangan

Assalamualaikum dan selamat malam kalian !

Alhamdulillah, tenang ! Lega ! Ringan kepala ! Sungguh, siapa kata aku tak betul ? Siapa kata aku tak mampu ? Dan siapa kata hati aku tak gagah ?

Allahuakbar, aku bukan bongkak, aku bukan sombong, waima aku bukan ego !

Tak, aku cuma nak bagi tahu kat kalian, yang aku dalam keadaan serba 0key ! Ya, aku masih lagi mampu makan macam biasa, aku masih lagi boleh bergelak ketawa, dan aku mampu senyum !

Hahaha, dann sekarang aku masih tersenyum.. Keluarga, kawan-kawan ketahui lah kalian yang aku dalam  normal.. Sungguh, aku terharu dengan keperihatinan korang.. Hanya Allah sahaja mampu balas jasa baik korang..

Dari ujian yang Allah berikan beberapa hari, Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan satu persatu kepada si polan.. Satu per satu si polan kena.. Tak setel lagi satu, ada satu lagi yang datang.. Bukan niat aku nak ketawa kan dia, sungguh tak terniat langsung.. Mungkin, hati terlampau sakit sangat, tuh yang reaction macam tuh hati aku tak baik mana pun...

Dari pagi sampai ke malam, aku habiskan masa dengan rumate aku time Diploma dulu.. Dia melayan aku.. Dia melayan celoteh aku.. Dia melayan otak ting-tong aku.. Ya ! Dia mendengar segala isi hati aku.. ! Dan dia juga tuan penasihat yang baik ! Ya, betul aku tak tipu, ayat-ayat dan pandangan dia, sungguh aku terharu sebab pandangan yang matang.. (maklumlah bakal pengantin dan banyak pengalaman )

Terima Kasih Allah ! Engkau menghantar "jentera-jentera" yang kuat untuk aku.. Sungguh, Kau juga telah pinjamkan sekeping ketabahan untuk aku..

Shopping barang-barang kucing, melayan dan terjerit-jerit tengok Spider 3D, lenguhkan kaki ke River Walk Kinta, lepak membuang masa di Gunung Lang, mengisi perut yang sentiasa diminta untuk diisi di Restoran Nasi Vanggey, and last part melayan cicak kobeng kat rumah Shidah bersama dengan angah, zaim n mak nya.. Wahh ! Sungguh, macam aku tak ada apa-apa je masalah..

Masa ? Ya, tu lah aku kata sampai ke malam aku baru balik.. Tapi jangan risau, I dah dapat green light dari papa I.. haha..


*taraaa ! ini lah dia.. gambar yang sempat ketika aku rajin untuk ambil



p/s :  Semoga ukhuwah kita ke Jannah ya ! Amiinn.. Terima kasih korang kasi semangat kat aku.. Aku ada cte lawak pasal mamat tuh.. Hahaha.. 





Friday, March 1, 2013

Fitnah Belaka !


Assalamualaikum dan Salam Jumaat bagi kaum muslim dan muslimat semua !

Hati, hati. bersabarlah wahai hati. Positif kan apa yang memang negatif.. Kita tak tahu pokok pangkal jalan cerita, babak demi babak yang berlaku disana... Ya, betul kata Yuna, gambar, menceritakan 1001 maksud yang tersendiri, dan dinilai oleh kita sendiri.. Bergantung pada pendapat masing-masing, sama ada berfikiran positif atau negatif..

Negatif ! Ya, bagi aku ia impak negatif.. Sungguh, aku anggap ia adalah fitnah yang berlaku.. Walaupun hati melonjak mahu marah, mata mampu masih lagi menahan takungan yang belum tumpah.. Kau tabah hati ! Kau kuat mata ! Tabah, setabah hati aku pun hanya Dia saja yang tahu, s0bsss sangat sedihh

Kenapa mereka buat macam ni, pada aku yang tak ada kaitan dengan mereka. Aku yang tak tahu menahu hal mereka.. Aku yang tak pernah bercampur mahupun bergaul dengan mereka.. Ya, nie lah salah satu dugaan yang harus aku tempuhi.. Allah menguji aku lagi.. Mohon, moga tabah, kuat dan cekal..

Pemilik hati, kenapa tak menjaga iktilat ? Aku tahu kamu mempunyai ilmu agama yang cukup untuk kamu membimbing diri kamu, untuk menjaga diri kamu.. Kenapa kamu tidak mengelak? Se0lah-0lah suka dengan keadaan sebegitu.. Ya, memang aku tak layak tegur kamu, aku bukan siapa-siapa bagi kamu, mungkin [pendapat aku].. Tapi, perasaan ni anugerah Allah.. Aku selesa, dan amat hargainya.. Takpa lah, yang penting ada pihak lain tolong setelkan masalah tu..

Pengajaran apa yang aku dapat, jangan nak sakan sangat kat media sosial.. Dan akibatnya macam sekarang lah yang terpaksa aku tempuhi.

Mendiamkan diri, sungguh aku tak tipu, amat perit.. Aku diam, bukan bermakna aku sombong, aku ego.. Cuma berikan sedikit waktu untuk memikirkan apa yang patut dan untuk tenang kan hati dalam buat keputusan.. Sekali aku buat keputusan, aku takkan berganjak.. Itu lah aku.


Allah : Kau Maha Mendengar, Kau Maha Mengetahui, bantu lah kami dalam urusan kami, bersihkan hati kami.. Lindungilah diri kami dari maksiat ya Rabb.. Permudahkan lah niat baik kami ya Allah !!


Gundah Gulana.. Nak je aku nyanyi lagu Ainan Tasneem.. Tapi takpa lah Pieces jela.. HAHA

Salam Sayang,
Lia Iqmalia







Wednesday, February 27, 2013

J-0-D-0-H

10:41 / Rabu / Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan Salam sejahtera wahai bl0gger sekalian.

Bosan, ya ! Ini lah yang aku alami sekarang ni.. Mana tidak nya, cuti semester aku dilanjutkan dua minggu lagi dari tarikh asal.. Allah, macam-macam dugaan aku belajar disana... Namun, aku tahu, nak dapatkan sesuatu bukan dengan mudah bukan? Tenang sudah !

Berbalik pada tajuk post aku, JODOH ! Ewahh, mood aku nie dalam mood kahwin ke pun? Tak ada lah, cuma terdetik di hati kecil ni, kawan-kawan ramai yang mendirikan tangga, tapi ramai lagi yang belum, contoh nya macam aku.. hahaha.. Gila lah ! Aku ditolak ke-tepi-lah sebab nya masih belajar, dan tak ada calon lagi.. aku tak jual mahal..  Belum terbuka lagi pintu hati.. Lagipun masih muda lagi kan.? 23 tahun baru Hikss!

Tapi pada aku, Allah takkan memberikan sesuatu tanpa kemampuan kita.. Belum lagi masa untuk aku, mungkin aku masih tak bersedia walaupun dalam hati dah rasa sedia dan mungkin banyak lagi kemungkinan.. haha

Yang penting, senjata aku hanya lah DOA .. Ya ! Dengan itu, aku rasa lebih selamat, aku mengadu pada tempat yang betul, sudah tentu aku yakin DIA berikan terbaik dengan aku.. Cuma aku kena SABAR. Takpa, fokus kan pada cita-cita aku dulu..

Pada mereka, kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga, aku sentiasa doa kan kebahagiaan kalian, mohon sangat, jangan curang.. Paling aku benci orang curang ! Mohon jujur dengan pasangan masing-masing.. Pandai-pandai lah bahagi kan masa untuk keluarga.. Ingat ya, aku tahu darah muda, jiwa muda, namun kalian bukan bujang macam kami yang sah-sah bujang trang tang-tang nie.. haha.. Moga menjadi zauj dan zaujah yang soleh dan solehah, berikan didikan yang terbaik untuk anak-anak kalian supaya menjadi anak yang soleh untuk mengiringi anda di akhirat kelak !



Dengan lafaz Bismillah... Aku attach sekali doa pendekat jodoh bagi kalian yang belum bertemu dengan 
pasangan kalian seperti aku.. Mohon lah pada Allah, bertemu dengan insan yang baik dalam Agama Allah dan baik dalam kelakuan dan akhlaknya

#Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha mengasihani


Yakin dan tawakal ! Ta'aruf salah satu langkah untuk bertemu jodoh :D

Tapi dengan cara yang betul dan berlandaskan syariat ya sayang sekalian ! Sebab belum tentu, orang yang kita ta'aruf tu, jodoh kita.. Jadi mohon lah pada Dia.. Dia yang lebih arif dan tahu apa yang lebih terbaik untuk kita..


Selamat malam,

Salam sayang,
Lia

Tuesday, October 9, 2012

Aqidah : Respon Positif


ALHAMDULILLAH

Syukur kepada Mu Ya Allah. 

Tadi online muka buku, sorang kawan aku update tentang salah sorang kawan sekolah kami yang mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan beberapa hari yang lalu.

Doa dari kawan-kawan, Aqidah Zainuddin memberi respon yang positif hari nie dan akan dipindahkan ke ward biasa. Syukur Alhamdulillah.

Beliau sekarang berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

So far, Palvender Kaur dah melawat beliau.

Moga kamu cepat sembuh kawan ! Kami tahu kamu sorang kuat, tabah, dang  dengan bersemangat orang nya.