Saturday, March 2, 2013

Bila Blogger Jadi Maid




Assalamualaikum ! Tak jawab d0sa tau korang.. Eh dah pukul 11 lebih ya, patut mata dah berat..

Entry kali ni, "Bila Blogger Jadi Maid" .. Ehh pernah nampak tak novel nie kat mana-mana bookstore Popular ? Eh jawab lah betul-betul pernah ke tak? Korang yang kaki novel, jangan nak bohong sangat kalau korang tak pernah nampak novel nie kat rak-rak buku Popular..

Published pada Januari 2013.. Sejujurnya aku tak baca lagi novel nie.. Cuma, tiap kali aku ke P0pular, tiap kali tu lah aku pegang, aku baca.. Tapi, satu je aku tak buat, aku TAK BELI punn.. Kedekut tak? Betul-betul kedekut korang kata? Tak baik tau, cakap aku cam tuh..

Yang sebenar-benarnya, aku dapat free novel nie... Untuk pengetahuan korang, penulis bagi novel nie adalah salah seorang geng aku masa diploma dulu.. Izzati Mohammad.. Ya ! Korang suma dah beli, dah baca,. Aku yang kawan baik dia pun tak baca-baca lagi.. Sadis tak ? Macam tak bagi sokongan moral pulak kan kat kawan?

Tapi bukan aku sengaja. aku nak pergi ambil buku nie yang lambat.. Nahh sekarang, aku dah dapat dah.. tunggu masa je aku nak khatam kan novel nie.. Jangan risau lah, skill kaki novel macam aku nie, akan habiskan dari kulit ke kulit dalam masa satu hari.. Tu pun kalau dah setelkan keje aku nie.. kihkihkih

Apa-apa pun, buat pembaca dan yang menyokong Zati Mohd, teruskan beri semangat..0uh yer, kalau banyak typo dalam novel nie, bagi pandangan aku, bukan salah Zati pun, cuma editor bagi novel nie lah yang bertanggungjawab, sebab sebelum kerja-kerja akhir perlu lah di edit apa yang patut di edit, tu lah nama nya editor ! Hikk, pandai pulak aku mengomen kerja orang..

Buar Zati, ingat teruskan usaha.. Next step, peluang yang ada jangan disia-siakan.. Hilang satu Allah ganti kan satu lagi peluang yang tak disangka-sangka.. Jangan lupa kawan-kawan ya !

p/s : Next entry, aku akan update kan pasal sinopsis dan komen selepas aku selesai khatam novel nie..


Selamat Malam..

Salam Sayang,
Z Iqmalia






No comments: