Friday, March 1, 2013

Fitnah Belaka !


Assalamualaikum dan Salam Jumaat bagi kaum muslim dan muslimat semua !

Hati, hati. bersabarlah wahai hati. Positif kan apa yang memang negatif.. Kita tak tahu pokok pangkal jalan cerita, babak demi babak yang berlaku disana... Ya, betul kata Yuna, gambar, menceritakan 1001 maksud yang tersendiri, dan dinilai oleh kita sendiri.. Bergantung pada pendapat masing-masing, sama ada berfikiran positif atau negatif..

Negatif ! Ya, bagi aku ia impak negatif.. Sungguh, aku anggap ia adalah fitnah yang berlaku.. Walaupun hati melonjak mahu marah, mata mampu masih lagi menahan takungan yang belum tumpah.. Kau tabah hati ! Kau kuat mata ! Tabah, setabah hati aku pun hanya Dia saja yang tahu, s0bsss sangat sedihh

Kenapa mereka buat macam ni, pada aku yang tak ada kaitan dengan mereka. Aku yang tak tahu menahu hal mereka.. Aku yang tak pernah bercampur mahupun bergaul dengan mereka.. Ya, nie lah salah satu dugaan yang harus aku tempuhi.. Allah menguji aku lagi.. Mohon, moga tabah, kuat dan cekal..

Pemilik hati, kenapa tak menjaga iktilat ? Aku tahu kamu mempunyai ilmu agama yang cukup untuk kamu membimbing diri kamu, untuk menjaga diri kamu.. Kenapa kamu tidak mengelak? Se0lah-0lah suka dengan keadaan sebegitu.. Ya, memang aku tak layak tegur kamu, aku bukan siapa-siapa bagi kamu, mungkin [pendapat aku].. Tapi, perasaan ni anugerah Allah.. Aku selesa, dan amat hargainya.. Takpa lah, yang penting ada pihak lain tolong setelkan masalah tu..

Pengajaran apa yang aku dapat, jangan nak sakan sangat kat media sosial.. Dan akibatnya macam sekarang lah yang terpaksa aku tempuhi.

Mendiamkan diri, sungguh aku tak tipu, amat perit.. Aku diam, bukan bermakna aku sombong, aku ego.. Cuma berikan sedikit waktu untuk memikirkan apa yang patut dan untuk tenang kan hati dalam buat keputusan.. Sekali aku buat keputusan, aku takkan berganjak.. Itu lah aku.


Allah : Kau Maha Mendengar, Kau Maha Mengetahui, bantu lah kami dalam urusan kami, bersihkan hati kami.. Lindungilah diri kami dari maksiat ya Rabb.. Permudahkan lah niat baik kami ya Allah !!


Gundah Gulana.. Nak je aku nyanyi lagu Ainan Tasneem.. Tapi takpa lah Pieces jela.. HAHA

Salam Sayang,
Lia Iqmalia







2 comments:

Qala sakura said...

perr....sedih ayat ko nie laa....

insyallah...aku akan cuba memahami ko...(~_^)

coretan lia iqmalia said...

haha mekasihh