Monday, July 25, 2011

Agak-agak, korang pernah tak ????

Assalamualaikum dan seperti biase, Selamat Malam.. Sekarang waktu untuk post entry terbaru, lingkungan waktu seperti yg sebelum nie, 23:58 Ahad.. ! Jangan tak tahu, berada di bumi Jelapang Padi nie akan membuatkan anda kekok..? Tak percaya?? Try laa duk sini selama sebulan.. Perubahan ketara seperti --->C.U.T.I <--- Cuti kat sini kan JUMAAT dan SABTU...!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Haha..! Padan Muka aku, sebab selalu keliru dan TERtipu dengan hari di sebabkan CUTI !!!

Perubahan lain, kalau aku kat Perak, bekpes mesti ala-ala kadar jek, orang kate "yang penting untuk lapik perut...bila belajar, mudah masuk"... Berlainan pula di Jelapang padi.. Nak tahu?? Seawal 10 pagi atau 11 pagi dah tersedia lauk pauk untuk hidangan makan tengahari kau ! Just imagine .. Mula-mula kekok, tapi lame-kelamaan cheq dah terbiasaa naa... Habaq mai, balik Peghok duk tanya ada tanak nasi ke dak... Tudiaaa, mama aku terkejot d0e.. wakaka !


Agak macam dah merate laa aku jejalan kat Kedah nie.. Cume tak berhubung dengan kawan-kawan dekat UiTM, UniMAP dan UUM.. Sebab ? Usah di tanya.. Aku kan penyegan..! Haha.. Melambak dorang berkampung kat sini.. Tak mau kacau jek.. Hik.. Hik... Hik... 

Kat sini jugak, aku cuba nak blajar loghat Kedah.. ! Sumpah, dalam banyak-banyak bende, bende neh laa yang aku paling, paling, paling dan paling sukar untuk buat iaitu bercakap loghat negeri lain.. Mungkin darah yang mengalir dalam badan aku nie, dan mulut yang tak berapa nak lazer neh dah biasa dengan bahasa negeri sendiri PERAK ! tapi takpe dalam proses mengupdate dan memproses data-data yang diterima setelah mendownload dari persekitaran dari pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan yang mostly budak dari Kedah..  Yang penting takde virus-virus luaq kan..

First - Sakai ah 

2nd - Gila aih

Haha.. Perkataan lain seperti "nyetok koi-koi" .. Hahaha.. Tetibe pulak aku rindu kat budak yang ajar perkataan nie.. Die kat kampus induk sebab ambil course Asasi Pengajian Islam.. Ape-ape pun memang aku seronok kat sini.. Tambah-tambah dengan family kak ida.. Serius ! Langsung terubat rindu kat family kat Perak.. ! 



Es0k sambung lagi.. Jelous tengok Syiqah dah tido..

Selamat Malam Kedah ! Selamat Malam Malaysia !

Assalamualaikum !

2 comments:

ADfeez said...

cuti mmg seronok kan? :)

Amy Farhana said...
This comment has been removed by the author.